Teknologi nano dapat membantu
menghasilkan makanan yang lebih tahan
lama dan segar. Selain itu, kualiti dan
keselamatan makanan juga dapat
ditingkatkan.
Teknologi Nano
Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi nano
adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer,
biasanya 0.1 hingga 100 nm (satu nanometer bersamaan
dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta
milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke atas jenis
teknologi yang sangat kecil. Apabila sesuatu struktur,
peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri-ciri
bahan tersebut boleh berubah dan boleh menghasilkan bahanbahan
yang unik. Sebagai contoh, sesuatu ubat boleh
dijadikan lebih berkesan, makanan yang boleh tahan lebih
lama dan lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih
fleksibel dan sebagainya. Teknologi nano dikatakan
mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut
kehidupan; merangkumi produk pengguna, penjanaan tenaga,
perubatan dan lain-lain.
Struktur Nano
Menurut Consumer Product Safety Commission (CPSC) di Amerika
Syarikat, jumlah produk yang menggunakan teknologi nano
dikatakan akan meningkat pada tahun-tahun yang akan
datang. Setiap hari, terdapat satu barangan baru yang
dihasilkan melalui teknologi nano. Menurut National Centre
for Advanced Materials Research (AMREC), Malaysia telah
memperuntukkan sebanyak RM162 juta (dalam Rancangan
Malaysia Ke-8) untuk kajian dan penyelidikan dalam bidang
teknologi nano.
Teknologi nano dikatakan dapat membawakan pelbagai
faedah kepada pengguna. Ia boleh digunakan dalam sektorsektor
seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi perubatan, alam sekitar,
penjanaan tenaga,
barangan pengguna dan
automotif.
Teknologi Nano
dalam perubatan
Sejenis alat ‘nanosensors’ dikatakan
dapat mengesan bahan kimia dan kecacatan sistem imun dalam
badan, dan proses ini dapat membantu dalam penghasilan
ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang dihasilkan melalui kaedah
teknologi nano ini akan dapat memudahkan proses penyerapan
ubat dalam sistem pengangkutan badan dan dapat mengubati
sesuatu kecacatan atau kesakitan dengan cara yang lebih
cepat dan berkesan. Oleh itu, seseorang pesakit tidak perlu
memakan ubat yang banyak untuk sembuh. Selain itu, pesakit
juga dikatakan tidak akan mengalami kesan sampingan yang
banyak dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
Teknologi ‘nanobot’ pula, apabila disuntik ke dalam badan
akan dapat melalui sistem saluran dengan baik dan dapat
mengesan sel- sel kanser. Apabila ‘nanobot’ ini telah memasuki
sel-sel kanser, ia dikatakan dapat membunuh sel-sel tersebut
tanpa mencederakan sel-sel yang lain.
Teknologi Nano dalam produk pengguna
Teknologi nano juga dapat membantu menghasilkan makanan
yang lebih tahan lama dan segar. Selain itu, kualiti dan keselamatan makanan juga dapat ditingkatkan.
Industri kosmetik juga menunjukkan minat untuk
menggunakan teknologi nano dalam barangan kosmetik untuk
pengguna. Nanopartikel yang dihasilkan dikatakan dapat
membolehkan penyerapan yang lebih mudah apabila
digunakan. Molekul biologi dalam nanopartikel akan
membolehkan penjanaan sel-sel yang baru
Teknologi Nano dan pengguna
Walaupun teknologi nano dikatakan dapat membawa pelbagai
kebaikan kepada pengguna, namun begitu terdapat juga risiko
terhadap teknologi ini. Sebagai contoh, kesan nanopartikel
ini terhadap kesihatan dan persekitaran masih belum
diketahui keselamatan jangka panjangnya. Penyerapan bahan
kosmetik yang terlalu banyak ke dalam kulit mungkin juga
akan mencetuskan masalah kesihatan yang lain. Menurut
sebuah artikel dari United Nation Non-Govermental Liasion Service
pada tahun 2008, kajian toksikologi terhadap nanopartikel
ini amat kurang. Menurut artikel tersebut, apabila saiz sesuatu
struktur dikurangkan kepada skala nano, partikel – partikel
tersebut akan mempunyai luas permukaan yang lebih yang
membolehkan mereka menjadi lebih aktif dari segi kimia.
Apabila ini berlaku, saiz struktur tersebut akan menjadi lebih
kecil, reaktivitinya akan meningkat, dan ia berkemungkinan
juga menyebabkan kesan berbahaya kepada tisu-tisu hidup dan juga kesan-kesan lain seperti gejala bengkak, kerosakan
tisu dan sebagainya
Standard untuk teknologi nano
Standard menggariskan ciri-ciri dan keperluan yang akan
dipatuhi oleh pihak industri untuk memastikan produk dan
perkhidmatan adalah selamat untuk pengguna dan alam
sekitar. Pematuhan kepada standard memastikan pengguna
menikmati produk dan perkhidmatan yang selamat
Standard antarabangsa untuk teknologi nano adalah ISO/
TC 229. Standard ini memastikan teknologi nano dibangunkan
dan dipasarkan dengan kaedah yang selamat, secara
bertanggungjawab, mematuhi persetujuan dalam penamaan,
dan spesifikasi teknologi nano. Selain itu, standard ini juga
akan memastikan pelbagai aspek teknologi nano diuji bagi
memastikan keselamatan kepada pengguna, risiko kesihatan
dan kesan kepada alam sekitar. Selain itu juga mengkaji cara
penyelenggaraan teknologi nano dengan mengambil kira
risiko-risiko yang akan timbul. Sehingga kini, Malaysia sedang
melakukan kerja-kerja dalam pembangunan terminologi dan
tatanama dalam bidang ini dan masih memerlukan ramai pakar
berhubung teknologi nano membangunkan standard ini
dengan lebih baik demi memanfaatkan pengguna dan
pembangunan negara.
Jumaat, 20 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan