Terlalu Banyak Menonton TV
Membawa Kepada Risiko Asma di
Kalangan Kanak-Kanak
Penyelidik di Britain telah membuat kajian ke atas kanak-kanak dan mendapati bahawa
mereka yang menonton televisyen melebihi dua jam sehari berisiko dua kali ganda
untuk menghidap penyakit asma. Lebih daripada 300 juta orang di seluruh dunia
adalah penghidap penyakit asma dan ianya merupakan penyakit kronik yang paling
biasa di kalangan kanak-kanak. Antara simptom penghidap asma adalah seperti sesak
nafas, batuk dan sakit dada.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax, penyakit asma boleh
mengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun,
akibat dari mereka yang mengalami obesiti dan kurang bersenam. Andrea Sherrif dan
rakan penyelidiknya di University of Glasgow melaporkan bahawa ”terdapat teori terkini
yang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman (sedentary) yang
berkemungkinan boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi
(wheezing) yang berlaku pada kanak-kanak”. Sheriff dan rakan-rakannya telah
mengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak, dari mereka lahir sehingga
berusia 12 tahun.
Dalam penyelidikan tersebut, kajian soal selidik ke atas ibu bapa turut dilakukan
bagi mengenalpasti corak pernafasan anak-anak mereka dan menyelidiki samada
ibubapa membawa anak-anak berjumpa doktor bagi mendiagnosis asma. Penyelidik
juga menganalisa kekerapan kanak-kanak tersebut menonton TV. Mereka tidak
memasukkan permainan video atau komputer peribadi, kerana ia tidak popular dan
jarang terdapat pada zaman pertengahan tahun 1990-an semasa kanak-kanak tersebut
membesar.
“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurang
dan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidap
penyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK.
Kajian ini juga merupakan kajian pertama yang menghubungkan secara langsung
kekurangan senaman di kalangan kanak-kanak pada umur yang masih muda kepada
risiko asma yang lebih tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir
30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.
Sumber: Reuters news, 3 Mac 2009
Jumaat, 20 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan