Manusia di dalam ketetapan DNA tidak dicipta untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita hanya boleh mengalami penyakit apabila pertahanan tubuh menjadi lemah.
Perkara utama yang menjadi punca kepada penyakit khususnya pada zaman moden ini adalah unsur yang dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat mengekalkan keseimbangannya (homeostasis) selain mengganggu cara semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem neurology.
Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan amat sinonim dengan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik.
Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh. Masaalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.
Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.
Apabila medan tenaga sel-sel di dalam darah kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu, frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia ada secara semula jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang imbangan keharmoniannya.
Frekuensi Basic Energy yang sesuai boleh sahaja dirakam daripada sumber ayunan electromagnet yang lebih semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal, unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi asas Schumann.
Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang dinyatakan.
Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan suatu asas tenaga (Basic Energy) yang sangat bersistem. Semua sel terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah 99.999 peratus ruang dan tenaga.
Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar ‘foton’) yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.
Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya.
Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita dengan mudah diaktifkan oleh Formula Basic Energy yang dirakam semula dengan medan elektromagnetik melalui sukatan frekuensi darah manusia yang sihat.
Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara terbuka yang bermula dari nilai kurang 0 hinggalah 105Hz
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan