Ahad, 22 November 2009

Kepentingan Air Kepada Badan - air Amezcua Bio Disc

Kita sering mendengar nasihat daripada doktor ataupun
ahli keluarga kita yang menyarankan `minum lebih banyak
air’, terutamanya apabila kita jatuh sakit. Akan tetapi, tabiat
meminum air seharusnya diterapkan dalam kehidupan
seharian kita, bukan sahaja pada masa kita sakit. Dalam
iklim tropika dan cuaca panas di Malaysia, adalah amat
mustahak untuk kita meminum air yang mencukupi untuk
memelihara kesihatan.
Mengapa air sangat penting?
Air merupakan komponen terbesar dalam badan
manusia. Antara fungsi utamanya adalah untuk membuang
toksin daripada badan menerusi perpeluhan dan
perkumuhan. Kita juga kehilangan air dalam proses
respirasi semasa kita bernafas. Tubuh kita memerlukan
air untuk penghadaman dan penyerapan zat. Air juga
berfungsi mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit
kita dari dalaman. Air juga menghidratkan badan semasa
kita menjalankan aktiviti yang aktif dan melindungi otot
serta sendi.

Berapa banyak air yang badan kita perlukan?
Kebanyakan pakar memberi saranan untuk meminum
8 hingga 10 gelas air sehari untuk mengekalkan kesihatan.
Akan tetapi, saranan ini hanyalah setakat jangkaan kerana
pengambilan air bukan sahaja tertakluk kepada meminum
air kosong. Secara keseluruhan, kita hanya perlu
menggantikan kandungan air yang hilang dari tubuh badan
kita; dan dengan demikian, ia adalah berbeza mengikut
individu bergantung kepada usia, keadaan fizikal, tahap
aktiviti, dan cuaca. Amalan yang sebaiknya adalah
meminum air ketika berasa dahaga dan minum lebih
banyak bila kita berasa tidak cukup.
Dalam tubuh individu yang sihat, badannya akan
menghantar isyarat 'dahaga' apabila badan telah kehilangan
1% atau 2% air. Akan tetapi, apabila kita menghidapi
penyakit seperti demam dan cirit-birit, isyarat tersebut akan
terjejas. Oleh itu, kita perlu meminum lebih banyak air
semasa kita sakit untuk membuangkan toksin dalam
badan. Keadaan fizikal dimana badan kita kekurangan air
adalah seperti tekanan darah rendah, otot yang lemah,
kekejangan dan insomnia. Kehilangan air yang serius akan
menyebabkan koma dan membawa kepada kematian

Adakah anda tahu?
�� Pengurangan 4-5% air dalam badan akan membawa
kepada kejatuhan dalam prestasi kerja.
�� Retensi (penyimpanan) air berlaku apabila air dalam
badan tidak mencukupi, dan badan akan
menyimpan air untuk mengekalkan keseimbangan
Ironisnya, retensi air ada masanya dapat diatasi
dengan meminum lebih air dan bukannya kurang
minum air.
�� Kebanyakan orang berpendapat bahawa terdapat
masalah dengan air apabila bau busuk terasa,
ataupun ia nampak kotor. Akan tetapi, terdapat
pelbagai jenis bahan pencemar membahaya larut
yang biasanya tidak menyebabkan air berbau busuk
atau kotor.
�� Air meninggalkan bahagian perut dalam tempoh lima
minit selepas diminum.
�� Meminum hanya air masin sahaja akan
menyebabkan halusinasi (berkhayal) dan membawa kepada kematian

cara mendapat air berkualiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan