HARI
PENGGUNA
SEDUNIA 2009
Kempen Global Untuk
Menghentikan
Pemasaran Makanan
Tidak Berkhasiat Kepada
Kanak-Kanak
Hari Pengguna Sedunia merupakan sambutan tahunan
pergerakan pengguna sedunia. Lebih penting, ia merupakan
waktu yang sesuai untuk mempromosikan hak asasi para
pengguna, menuntut supaya hak-hak mereka disanjungi dan
dilindungi, dan memprotes penyalahgunaan di pasaran dan
ketidakadilan sosial. Hari Pengguna Sedunia bemula sejak
15 Mac 1983, dan semenjak itu ia telah menjadi tarikh yang
penting untuk mengerakkan tindakan rakyat.
Hari Pengguna Sedunia 2009 merupakan kali kedua hari
tindakan antarabangsa untuk menyokong kempen Consumers
International (CI) iaitu Junk Food Generation yang bertujuan
untuk menghentikan pemasaran makanan tidak berkhasiat
kepada kanak-kanak.
Epidemik obesiti
Peningkatan dalam pemakanan yang mengandungi lemak,
gula, dan garam yang bergabung dengan aktiviti fizikal yang
kurang telah membawa kepada peningkatan penyakit kronik
berkaitan diet seperti penyakit jantung, diabetis dan kanser.
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah ini melibatkan kos
yang tinggi kepada nyawa manusia, taraf hidup, dan
perkhidmatan kesihatan. Kanak-kanak yang obes mempunyai
kemungkinan yang tinggi untuk membesar sebagai dewasa
yang obes dan menderita dengan penyakit kronik. Sekurangkurangnya
22 juta orang kanak-kanak seluruh dunia di bawah
5 tahun adalah berlebihan berat badan dan mengalami
obesiti. Oleh itu, kita perlu bertindak segera untuk mencegah
masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan
kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) setiap 10
tahun, dan dalam kajian terkini, NHMS III (2006), terdapat
penemuan yang mengejutkan (rujuk jadual di bawah). Sejak
permulaan tahun 2007, Kementerian Kesihatan telah
membelanjakan sebanyak RM 180 juta ataupun 20% daripada
bajet tahunan sebanyak RM900 juta ke atas ubat bagi penyakit
kronik iaitu hipertensi, diabetis, dan kolesterol tinggi.
Jumlah pesakit pula dijangka meningkat sebanyak 13% pada
tahun 2020.
Pemasaran makanan yang tidak berkhasiat
dan hubungkaitnya dengan masalah
kesihatan
Laporan World Health Organization (WHO) pada 2006 bertajuk
’Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children’
menjelaskan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
pemasaran makanan yang tinggi lemak, gula dan garam
mempunyai kesan langsung ke atas pilihan makanan kanakkanak
dan mendorong mereka untuk memilih makanan yang
akan membawa kepada masalah obesiti. Kajian juga
menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk
memilih makanan yang berjenama daripada makanan yang
tidak berjenama – walaupun ianya makanan yang sama.
Dalam Global Strategies to Prevent Childhood Obesity
2006, IOTF telah membuat rumusan berikut:
“Diet kanak-kanak di seluruh dunia –
termasuk di China – adalah dikuasai oleh
makanan dan minuman yang tidak sesuai.
Kanak-kanak seringkali dieksploitasi oleh
industri yang mengeluarkan pelbagai produk
dari permainan hingga ke makanan dan
minuman. Ianya telah mengaburi persepsi
kanak-kanak, pemahaman dan pengetahuan
tentang makanan sihat, dan ia memberikan
kesan yang tidak baik untuk pembesaran
Antara taktik pemasaran yang sering disasarkan kepada
kanak-kanak dan remaja oleh industri makanan adalah
melalui:
o Iklan televisyen
o Penajaan program
o Penarikan barangan mainan
o Promosi atas pembungkusan
o Penajaan watak kartun dan selebriti
o Kerjasama dengan filem
o Laman web interaktif
o Peraduan
o Barangan percuma
o Penajaan aktiviti sekolah
o Risalah promosi
Peranan syarikat makanan multinasional
Ibubapa sememangnya ingin memilih makanan yang
berkhasiat kepada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun,
pilihan mereka seringkali dipengaruhi oleh iklan dan promosi
makanan yang tidak berkhasiat di pasaran. Syarikat-syarikat
makanan ini menggunakan pelbagai jenis taktik untuk
mensasarkan produk mereka kepada kanak-kanak. Pada tahun
2006, syarikat makanan multinasional yang terbesar telah
membelanjakan kos pengiklanan sebanyak;
• US$7.8 billion - untuk makanan
• US$4.0 billion - untuk minuman ringan
• US$1.1 billion - untuk gula-gula dan konfeksi
**Advertising Age’s Global Marketers, November 2007
Jumaat, 20 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan