Makanan segera wajar digelar makanan remeh
memandangkan kekurangan zat makanan yang terkandung
di dalamnya. Biarpun begitu, kenyataan ini cuba disanggah
oleh syarikat makanan segera. Mereka mengadakan
pelbagai bentuk promosi, iklan, penajaan dan sebagainya
yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk
meyakinkan orang ramai bahawa makanan mereka adalah
berkhasiat.
Tempat-tempat perniagaan atau restoran mereka juga
dijadikan sebagai tempat hiburan untuk kanak-kanak dan
keluarga. Pengguna juga digembar-gemburkan bahawa
makanan tersebut selamat dimakan dan berkhasiat.
Makanan segera sememangnya makanan tetapi hanya
mengandungi sedikit khasiat pemakanan. Sekira makanan
segera ini dinikmati sekali-sekala, kurang memudaratkan.
Pengambilan terlalu kerap ke satu jenis makanan ini boleh
menimbulkan kesan buruk daripada segi diet pemakanan.
Tanpa disedari, makanan segera akan mendedahkan diri
anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - seperti
kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan,
tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit
jantung, dan kanser usus besar.
Berikut adalah maklumat kandungan zat dalam makanan
ringan yang biasa terdapat di sesebuah restoran makanan
segera.
Burger daging 0.2kg boleh mengandungi 57gram
lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi,
vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah
kimia.
Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60%
kalori diperolehi daripada lemak). Banyak garam. Ia
membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan
yang menyalutkannya mengandungi MSG dan
pewarna kimia.
Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein
dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam.
Warna keemasannya adalah pewarna tiruan.
Milk Shake: 142 gram susu di dalam 284 gram
shake, bercampur udara dan air. Proses ini
memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan
pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan
pewarna kimia. Susu membekalkan protin dan
kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas
yang sederhana besarnya.
Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar
mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan
kafein. Nilai makanan: kosong.
Secara keseluruhan, kita dapati sejumlah protein, zat
besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun
kebanyakan bahan itu mengandungi kalori yang tinggi,
direndam dalam lemak serta kandungan gula dan garam
yang tinggi. Ia mempunyai kurang serat dan kebanyakan
vitamin serta zat galian yang perlu. Hidangan makanan ini
tidak seimbang dari segi nilai pemakanan.
Satu sajian makanan segera membekalkan kepada
tubuh badan sebanyak separuh kalori dan dua pertiga lemak
serta protein yang diperlukan sepanjang hari. Tetapi jika
sajian makanan ini diambil sebagai makanan ringan, di
antara sajian tetap, tubuh akan mendapat lebih banyak
kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan. Tubuh akan
kekurangan sesetengah zat makanan yang perlu, yang
dapat membentuk diet lengkap dan seimbang.
Lemak
Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35%
(mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik
(daripada segi khasiat) daripada ban yang diperbuat
daripada tepung putih halus tetapi direndam dalam lemak,
biasanya lemak tepu, yang boleh meyebabkan penyakit
jantung. Lebih buruk lagi, ia biasanya disediakan separa
masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi
sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu
hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 gram
lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna
terdapat lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju
sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam,
gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan
penambah lain.
Jangan menyangka bahawa ayam dan ikan kurang
lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak
minyak di mana kebanyakannya sama kemudaratannya.
Kandungan daging
Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging
cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan
segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa
mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya
daging semata-mata. ‘Daging tanpa lemak’ termasuk tulang,
kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta
ekor yang dikisar.
Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan
menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang
dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan
sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya
dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan
menggunakan pengemulsi dan pemekat.
Sebiji burger boleh mengandungi 50% hingga serendah
25% ‘daging tanpa lemak’. Burger lain dicampurkan lemak
dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing
(rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang.
Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat
(seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam
pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan
pewarna tiruan seperti tartrazina, gula, perisa kimia, MSG
dan garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera sangat manis. Malah
bahan makanan yang tidak manis, juga mengandungi gula
kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk
menambah kesedapannya. Seseorang individu hanya
memerlukan 50gram gula sehari.
Serat
Serat terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran,
bijirin dan kekacang. Ia memainkan peranan yang penting
di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau
baik dalam penyerapan kolesterol. Oleh itu ia akan
membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga
membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah
kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak
diproses kerana ia hampir tidak mengandungi serat. Tidak
terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya
kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban
yang mengandungi kepingan-kepingan salad adalah
makanan yang seimbang.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan
zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahanbahan
itu terdapat di dalam makanan segera tetapi tidakmencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam
dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat
sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan
milk shake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun
dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat
suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15
paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C
dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium
secukupnya.
Oleh itu, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada
makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk
hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran makanan
segera!
MAKANAN SEGERA
WAJIB ADA LABEL
KANDUNGAN KHASIAT
Kementerian Kesihatan mewajibkan syarikat-syarikat
makanan segera menampilkan label mengenai
kandungan bahan dalam makanan yang dijual kepada
pembeli.
Syarikat yang didapati gagal berbuat demikian akan
disiarkan nama mereka di media massa.
Langkah ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada pengguna memilih makanan segera yang
benar-benar memberi khasiat kepada mereka.
Label tersebut perlu menyatakan tentang
kandungan bahan yang digunakan dan juga peratusan
setiap makanan segera yang diambil oleh pengguna.
Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
melarang syarikat makanan segera menaja rancangan
kanak-kanak dan menyiarkan iklan mereka sepanjang
rancangan itu ke udara. Iklan makanan segera juga
dilarang menampilkan maklumat pemakanan yang
mengelirukan dan tidak boleh menggalakkan
pengambilan makanan segera secara berlebihan.
Ahad, 22 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan