info kesan pemakanan:
gula:
Kerosakan gigi
Gula merupakan salah satu daripada penyebab
kerosakan gigi. Walaupun gula (sukrosa) adalah penyebab
gigi rosak yang utama, tetapi ini tidak maksud ia merupakan
satu-satunya punca. Semua gula boleh digunakan sebagai
makanan bagi bakteria di dalam plak pada gigi. Bakteria
tersebut mengeluarkan asid yang boleh merosakkan enamel
gigi. Oleh itu semua jenis gula menjadi satu masalah di
bawah keadaan yang sesuai, sama dengan makanan kanji.
Kebiasaannya makanan manis atau makanan berkanji yang
akan melekat pada gigi. Ini akan mudah mendatangkan
kerosakan gigi.
Obesiti
Di Malaysia, terdapat enam juta orang dewasa yang
mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Demikian
menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kaji Selidik Pemakanan Orang Dewasa Malaysia
2003. Selain daripada lemak dan kolesterol, salah satu
faktor utama yang menyebabkan obesiti ialah kalori,
contohnya kalori daripada gula. Gula pasir itu menambah
tenaga (kalori) tanpa menambah nutrien yang lain ke dalam
diet anda. Jika anda makan lebih kalori daripada yang anda
guna, lebihan itu akan disimpan sebagai lemak dan anda
akan menjadi semakin gemuk. Gula berlebihan dalam badan
akan ditukar kepada glikogen untuk kegunaan masa
hadapan sebagai sumber tenaga, atau disimpan sebagai
lemak.
Kencing manis
Walaupun tiada bukti yang boleh menunjukkan gula ada
kaitan langsung dengan kencing manis, namun gula boleh
membawa kepada obesiti, yang seterusnya boleh
menggalakkan kencing manis. Pengambilan gula yang
banyak akan meningkatkan risiko keobesan, dan seterusnya
meninggikan risiko kencing manis
"sumber buletin pengguna"
kafein:
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Bahagian
Penyelidikan Kaiser Permenente, Oakland, California,
mendapati bahawa wanita hamil yang mengambil kafein
terlalu banyak boleh menyebabkan risiko keguguran.
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal of Obstetrics &
Gynecology, menyarankan wanita yang hamil menghadkan
atau menghentikan pengambilan kafein. Menurut ketua
kajian tersebut, Dr De-Kun Li, wanita hamil perlu
mengelakkan minuman berkafein sekurang-kuranngya
dalam tempoh tiga atau empat bulan pertama kandungan.
Kajian ini dibuat terhadap 1,063 wanita hamil yang
ditemubual mengenai pengambilan bahan berkafein. Wanita
yang ditemubual itu secara puratanya dalam lingkungan
kehamilan selama kira-kira 71 hari. Namun, seramai 102
orang mengalami keguguran dan hal itu tidak mengejutkan
kerana kebanyakan keguguran berlaku ketika peringkat
awal kehamilan.
Sementara itu, sejumlah 264 orang lagi tidak
menggunakan kafein dengan 12.5 peratus daripada jumlah
itu mengalami keguguran. Namun, kadar keguguran
berjumlah 24.5 peratus berlaku di kalangan 164 wanita yang
mengambil 200 miligram atau lebih kafein setiap hari.
Risiko yang meningkat itu dikaitkan dengan kafein dan
bukan dengan faktor risiko lain seperti usia wanita
mengandung atau tabiat merokok, kata penyelidik terbabit.
Dalam pada itu, kumpulan profesional seperti the
American College of Obstetricians and Gynecologists dan
the American Society for Reproductive Medicine belum
menyatakan pendirian rasmi mengenai amalan penggunaan
kafein di kalangan wanita hamil.
Laman web March of Dimes Web pula menyebut bahawa
kebanyakan pakar bersetuju bahawa jumlah kafein yang
ditemui dalam lapan hingga 16 auns kopi sehari adalah
selamat.
Menurut laman itu, sesetengah kajian mengaitkan jumlah
kafein yang tinggi dengan keguguran dan kurang berat bayi
yang dilahirkan. Begitupun, ia turut menyatakan bahawa
tiada bukti kukuh mengenai penggunaan kafein
menyebabkan masalah berkenaan. Setakat yang diketahui
hingga kini, wanita hamil perlu mengehadkan pengambil
kafein ketika mengandung.
Sumber: Berita Harian, 28 April 2008
Ahad, 22 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan