Makanan yang berkhasiat untuk keluarga! Demikian
bunyi iklan sebuah restoran makanan segera yang
mempromosikan restorannya. Benarkah dakwaan tersebut?
Sedangkan menurut pakar pemakanan, makanan yang
dijual di restoran tersebut mempunyai kandungan kalori,
garam,
Makanan ini dikenali sebagai makanan segera.
Makanan ini mempunyai kandungan garam, lemak, kalorii
yang tinggi. Di samping itu, ia juga tidak mengandungi
serat, yang membantu dalam penghadaman makanan.
Amalan mengambil makanan segera secara yang kerap
boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.
Darah tinggi
Satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Pendidikan
Pacific Health di Bakerfield California, dan Prevention
Concepts, Inc di Los Angeles, yang melibatkan 200 pelajar
sekolah, mendapati lapan daripada sepuluh pelajar itu
mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.
Ujian makmal pula menunjukkan satu pertiga daripada
mereka mengandungi kadar kolesterol dalam darah yang
tinggi dan 10 peratus pula menghidap penyakit darah tinggi.
Berdasarkan kajian ini, kandungan lemak tepu yang
berlebihan boleh menyempitkan pembuluh darah dan
menjadi punca kepada penyakit darah tinggi, khususnya
apabila umur seseorang itu meningkat.
Asma
Ahli-ahli sains daripada Scotland dan Arab Saudi
mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama
peningkatan penyakit alahan dan asma dalam kalangan
kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap 100 orang
kanak yang mempunyai simpton penyakit asma dan 200
kanak-kanak yang tidak menghidap asma. Hasil kajian
itu merumuskan kanak-kanak yang kurang mengambil
sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih
mudah diserang oleh penyakit ini.
Sakit jantung
Dalam satu mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di
Anaheim, California, sebagaimana yang dipetik oleh media
internet, CNN.com - health pada 14 Mac 2000, makanan
segera meningkatkan risiko remaja menghidap sakit
jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan
kolesterol yang terdapat di dalam makanan segera.
Kesan kepada otak
Satu kajian yan dilakukan di Baycrest Centre for
Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada merumuskan
bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak.
Ini berdasarkan kepada kandungan makanan segera yang
yang mengandungi lebihan lemak itu berkemampuan
merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Otak
memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, Kegemukan
Kandungan lemak yang tinggi dalam makanan segera
menyebabkan masalah kegemukan. Menurut pakar dari
Pusat Pakar Wanita Srivari, kanak-kanak menghadapi
risiko kegemukan disebabkan seringnya mengambil
makanan segera. Statistik pada masa ini menunjukkan
25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia
menghadapi masalah kegemukan. Berikutan daripada
masalah kegemukan itu, ia juga menyebabkan risiko
kemanduan, khususnya lelaki. Ini berdasarkan kepada
jumlah kiraan sel sperma lelaki yang gemuk pada masa
ini telah merosot sejak 50 tahun yang lalu.
Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr.
Danial Zainal Abidin, PTS Millenia Sdn. Bhd
Ahad, 22 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan