Khamis, 31 Disember 2009

Ahad, 13 Disember 2009

Selasa, 8 Disember 2009

Amezcua Bio Disc- TESTIMONI

TESTIMONIAL 1- Diabetes

Saya menghidapi penyakit kencing manis sejak 1987 dari umur 41 . Setiap hari saya perlu makan ubat . Nasihat doktor ialah makan makanan tertentu sahaja. Pada January 2007, kencing manis saya semakin teruk dan doktor menasihati saya menggunakan insulin setiap hari. Saya mengalami pelbagai kesusahan dan kesedihan kerana kaki saya bengkak dan kulitnya berwarna kekuningan kerana bernanah . Pada July 2007 , doktor mendapati kaki saya sudah dijangkiti (gangrene) Kaki perlu di potong.

Pada suatu hari, kawan saya memperkenalkan Biodisc kepada saya.Selepas menggunakan Biodisc selama 3 bulan kaki yang bengkak sudah sembuh 70%. Doktor menasihati saya supaya mengurangkan dos ubat-ubatan.

Ribuan Terima Kasih pada Biodics

Puan Doreen Ong


di mana boleh saya dapatkan Amezcua Bio Disc?


HABSAH, UKM BANGI : migrain

Saya mengalami sakit migrain sejak tingkatan 3 (2002), ia menyukarkan saya untuk belajar disebabkan sakit kepala yang amat sangat. Saya kerap kali pitam dan merasa loya. Saya tidak dapat menahan rasa sakit apabila terkena rintik hujan, hanya tidur yang dapat meringankan sedikit kesakitan migrain ini. Saya jarang sekali mengambil ubat kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan jangka panjang @ pendek. Saya mendengar tentang BIODISC di universiti, pada mulanya saya agak kurang percaya, tapi saya tetap mencuba atas keyakinan saya tentang teknologi nano yang terdapat dalam biodisc tersebut. Disebabkan saya adalah pelajar jurusan Biologi, saya amat mengetahui tentang teknologi ini. Saya mengambil keputusan membelinya untuk kesihatan saya sendiri dan keluarga. Saya menggunakan Biodics semaksimum mungkin. Saya minum air yang dirawat biodisc setiap hari dalam kuantiti 3 liter setiap hari, mandi dengan biodisc serta meletakkannya di kepala ketika saya tidur. Alhamdulillah, dalam masa satu atau dua minggu saya merasa perubahan yang ketara, saya mampu untuk meredah hujan tanpa merasa sakit kepala, saya tidak lagi pitam-pitam atau loya dan saya tidak lagi ke pusat kesihatan UKM untuk mengambil ubat dan menjalankan rawatan. Alhamdulillah, saya berikhtiar dengan salah satu ilmu Allah atas penciptaan BIODISC ini, dengan kuasaNya, saya sembuh.


demo Amezcua Bio Disc di rumah saya?




RADZI - Pantai Dalam Kuala Lumpur : resdung

Saya merupakan seorang pesakit resdung. Setiap hari hidung saya akan berair selepas bangun daripada tidur. Seorang kawan telah memperkenalkan Bio Disc kepada saya dan saya membelinya sendiri. setelah memiliki sendiri, saya gunakan dengan meletakkan Biodisc di bawah bantal sewaktu tidur. Apa yang memeranjatkan saya, resdung yang saya alami telah pulih serta merta dengan hanya penggunaan sehari.



ZAINAL ABIDIN ISMAIL berkata...

Anak perempuan saya sekarang berusia 10 tahun. Bagaimana pun dia lembab dalam pelajaran. Ketika berusia 3 tahun, dia hanya boleh bertutur 2 perkataan sahaja iaitu "bu" untuk ibu dan "cucu" untuk susu. Jika dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain yang boleh bertutur ketika berusia 1 tahun. Sehinggalah baru-baru ini, dia masih lagi sukar untuk membaca. Dia boleh menyebut suku kata tetapi tidak keseluruhan perkataan. Anak saya juga belajar membaca Al Quran daripada imam, tetapi dia tidak dapat menghabiskan satu surah walau pun mengambil masa yang lama. Seluruh keluarga saya meminum air tenaga Bio Disc termasuklah dirinya. Hanya selepas 1 bulan, saya terpegun kerana dia meminta saya membelikannya sebuah buku komik apabila kami keluar membeli belah. Selalunya dia kan meminta gula-gula. Lebih baik lagi, dia hampir habis membaca seluruh 80 mukasurat komik itu dengan sendirinya. Dia juga dapat membaca Al Quran dengan lebih cepat dan sudah pun habis membaca surah pertama. Baru-baru ini, dia hendak pergi berkhemah. Bagaimanapun, saya tidak mengizinkan dia pergi. Dia sangat kecewa dan saya menyuruhnya masuk tidur. Selepas itu saya mendapati dia meniggalkan nota di atas meja komputer saya yang berbunyi "ayah, tolong benarkan Alang pergi berkhemah?". Itu adalah pertama-tama kalinya dia menulis satu ayat. Saya sangat terharu kegembiraan. Produk ini begitu menakjubkan!

En. Zainal Abidin Ismail

syarikat pengeluar Amezcua Bio Disc?


Pn. Saf dari Lahad Datu, Sabah :

Tiriod Saya menderita sakit tiriod sejak beberapa tahun yang lalu dan dijadualkan untuk menjalani pembedahan di SMC. Profail tiriod saya adalah Tahap FreeT4 @ 79mol/L (normal 12-22), FreeT3 <>5.5mU/L (normal 0.30-5.5). Selepas minum dan mandi air tenaga dan membawa Bio Disc bersama saya setiap hari selama 4 minggu. Profile penyembuhan tiriod saya menunjukkan: FreeT4 @14.3pmol/l, FreeT3 @ 4pmol/L, TSH @0.94mU/L. Doktor saya sangat kagum ke atas kadar penyembuhan saya setelah mencuba sedaya upaya selama beberapa tahun untuk menjadikan profail tiriod saya ke tahap normal. Saya kini disahkan sihat sepenuhmya.

Pn. Saf, Lahad Datu, Sabah

Khamis, 3 Disember 2009

AMEZCUA BIO DISC-PENEMUAN CANGGIH DUNIA PERUBATAN

SETIAP HARI MINUM AIR MATI???
MEMPUNYAI PENAPIS AIR DI RUMAH TAPI DILUAR ANDA TERUS MINUM AIR MATI???
AIR BERTENAGA DARI AMEZCUA BIODISC PENYELESAIANNYA..
BAHKAN LEBIH LAGI KERANA ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN FAKTA SETERUSNYA...


Amezcua Bio Disc -

Amezcua Bio Disc diperbuat menggunakan mineral semulajadi yang diolah mengunakan teknologi nano dan pemanasan fusi tinggi. Amezcua Bio Dic menghasilkan bidang tenaga positif dan harmoni.
Amezcua Bio Disc telah diiktiraf oleh beberapa institusi dapat mengurangkan tekanan permukaan air.Ini akan meningkatkan proses pemindahan bahan-bahan nutrien kepada sel-sel badan kita.
Air dari Amezcua Bio Disc menghasilkan kristal yang cantik dan sempurna bermakna air minuman ini mengandungi paras tenaga yang tinggi dan kualiti yang baik.
Kajian telah membuktikan bahawa pengguna Amezcua Bio Disc atau orang yang mengambil air dari Amezcua Bio Disc mempunyai paras tenaga dan keharmonian yang tinggi.




Spesifikasi:
Deskripsi:kaca bulat dan telus
diameter:90mm
tebal:10mm


Cara Penggunaan :

1.Curahkan air minuman anda ke atas permukaan Amezcua Bio Disc.
air tersebut akan terus mendapat tenaga dari Amezcua Bio Disc
2.Letakkan bekas krim dan kosmetik anda di atas Amezcua Bio Disc untuk menerima tenaga tambahan.Anda akan terasa hasil penyerapanya yang tinggi.
3.Menyiram tanaman anda bersama Amezcua Bio Disc untuk mendapatkan tenaga dan menambah lagi kuasa menyerap kandungan air dan nutrien.
4.Letakkan Amezcua Bio Disc ke dalam peti sejuk anda untuk menambah lagi kualiti dan rasa makanan serta minuman anda.
5.Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran anda bersama Amezcua Bio Disc supaya ianya menjadi lebih segar dan tahan lama.
6.Sentiasa membawa Amezcua Bio Disc bersama anda untuk meningkatkan paras tenaga dan keharmonian anda.
7.Letakkan minuman anda di atas Amezcua Bio Disc untuk mendapatkan tenaga tambahan.


Amezcua Bio Disc mempunyai daya tahan sehingga 15 tahun.


Cara menguji bidang tenaga harmoni dan positif yang dijana Amezcua Bio Disc:


Ada beberapa cara untuk menguji apakah tingkat tenaga-nya harmoni positif, nyata dan efektif.
a) Menggunakan mesin pengukur kekuatan tenaga kehidupan. Yang paling baik yang digunakan secara komersial adalah Prognos dan Medec.
b) Cara yang sederhana adalah menggunakan indra perasa, indra penglihatan dan indra lain yang sensitif sebagai berikut:
1. Iris sebuah jeruk orange/ sunkist dan jeruk nipis
2. Tuangkan wiski atau anggur ke dalam gelas
3. Letak irisan jeruk Sunkist dan jeruk nipis di atas Bio Disc bersamaan dengan wiski atau anggur.
4. Letakkan irisian lain dari jeruk sunkist dan jeruk nipis dari jeruk sunkist dan jeruk nipis yang sama dan wiski/ anggur dari botol yang sama, 5 meter dari Bio Disc.
5. Biarkan selama 20 menit.
6. Uji menggunakan indra penglihatan - lihat struktur sel dari buah. Irisan yang diletakkan di atas disc lebih terlihat segar dan muda.
7. Cium wiski/ anggur: yang ada di atas Bio Disc tercium lebih lembut dan lebih manis aromanya.
8. Lalu sekarang piring: yang ada di Bio Disc akan terasa lebih segar, berkurang asamnya dan lebih manis daripada yang diletakkan 5 meter jauhnya dari Bio Disc.




Berapa jauh tenaga boleh dipindahkan?
Medan energi dapat diukur 70 m vertical ke atas dan ke bawah dan 20 m ke sekelilingnya.


Berapa jauh tenaga paling efektif?
Medan efektif yang bisa melakukan perubahan adalah 5 m persegi.


Testimoni pengguna Amezcua Bio Disc:


1.Cikgu Badri,Padang Besar.Perlis : gout
"Saya mempunyai masalah gout kronik.Hampir 5 bulan saya tidak dapat ke sekolah untuk mengajar kerana saya tidak mampu menggerakkan kaki.
Pelbagai rawatan dari hospital,pakar swasta,tradisional dan homeoterapi telah saya ambil.Terakhir sekali saya disuntik di sebuah pakar swasta dengan harapan dapat berjalan semula.satu suntikan RM700. Doktor terbabit mengatakan saya akan dapat berjalan semula.Namun selepas 3kali mengambil suntikan saya belum dapat berjalan.
sehingga satu hari saya diperkenalkan dengan Amezcua Bio Disc oleh jiran saya.
Saya tidak yakin bila ditunjukkan bentuk Amezcua Bio Disc. Mustahil di mata kasar saya ada teknologi begini sedangkan semua jenis perubatan hospital telah dicuba.
Namun sebagai ikhtiar saya izinkan jiran saya merawat saya menggunakan Amezcua Bio Disc.
Saya minum segelas air Amezcua Bio Disc, kemudian menyapu minyak kelapa dara yang telah menerima tenaga harmoni dan positif Amezcua Bio Disc di kaki saya dan saya disuluh menggunakan lampu led melalui Amezcua Bio Disc. setelah satu jam mendapat rawatan Amezcua Bio Disc alhamdulillah...AJAIB!!!!
Itulah yang mampu saya katakan.Saya mampu berjalan semula.
Hari ini,saya boleh makan seperti biasa kerana bidang tenaga harmoni dan positif dari Amezcua Bio Disc mampu mengubah molekul makanan agar menjadi makanan bertenaga pada saya."

adakah anda memerlukan Amezcua Bio Disc???

selain dari membantu kesihatan kita ke arah lebih baik Amezcua Bio Disc juga berfungsi membaik pulih tisu-tisu dalam badan yg rosak.


testimoni Adik Farhana 15 tahun,tiroid
beliau menghidapi tiroid sejak berumur 12tahun. diperkenalkan kepada Amezcua Bio Disc 3minggu sebelum harus melakukan pembedahan bagi mengelakkan penyakit merebak, adik Farhana menggunakan Amezcua Bio Disc 100%. (minum,suluh,mandi dan Amezcua Bio Disc sentiasa berada bersama dia)
tiba waktu adik farhana harus buat pembedahan DR terbabit telah mengesahkan penyakit tiroid beliau dah tiada. ajaib sekali..
sehingga hari ini adik farhana dapat hidup seperti biasa tanpa risau tentang penyakitnya lagi


adakah anda harus memiliki Amezcua Bio Disc???
sila hubungi segera 0194206098 @email ke hafzza@gmail.com
untuk demo Amezcua Bio Disc di tempat anda!!!
IA PERCUMA!!!

UNTUK TEMPAHAN HARI INI
anda akan diberi PERCUMA
sistem khas menjimatkan minyak petrol anda sehingga 50%

Rabu, 25 November 2009

Kencing manis PUNCA sakit jantung, darah tinggi, buah pinggang rosak

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Diabetis dan Kerosakan Buah Pinggang

Diabetes dan Kerosakan Buah Pinggang

oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.


Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat.

Ini boleh menyebabkan membran dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.

Masalah Tidak Disedari

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula.

Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Dialisis Buah Pinggang

Diabetes mellitus, terutama jika disertakan dengan tekanan darah tinggi dan juga menghisap rokok, adalah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara. Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis pada tahun 2004 adalah di kalangan pesakit diabetes.

Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang mengalamai kegagalan fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal.

Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah.

Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan dialirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan 3 sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.

Penjagaan Diabetes Yang Baik

Anda boleh mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes dengan :

* Mengawal tahap glukosa darah

Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk.

Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda.

* Mengawal tekanan darah anda

Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah). Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah.

Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk.

* Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes

Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin.

Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes - memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk.

* Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan

Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg.

Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan dalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.

* Berhenti merokok

Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda.

Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.

Isnin, 23 November 2009

Manusia di dalam ketetapan DNA tidak dicipta untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita hanya boleh mengalami penyakit apabila pertahanan tubuh menjadi lemah.

Perkara utama yang menjadi punca kepada penyakit khususnya pada zaman moden ini adalah unsur yang dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat mengekalkan keseimbangannya (homeostasis) selain mengganggu cara semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem neurology.

Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan amat sinonim dengan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik.

Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh. Masaalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.

Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.

Apabila medan tenaga sel-sel di dalam darah kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu, frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia ada secara semula jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang imbangan keharmoniannya.

Frekuensi Basic Energy yang sesuai boleh sahaja dirakam daripada sumber ayunan electromagnet yang lebih semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal, unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi asas Schumann.

Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang dinyatakan.

Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan suatu asas tenaga (Basic Energy) yang sangat bersistem. Semua sel terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah 99.999 peratus ruang dan tenaga.

Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar ‘foton’) yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.

Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya.

Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita dengan mudah diaktifkan oleh Formula Basic Energy yang dirakam semula dengan medan elektromagnetik melalui sukatan frekuensi darah manusia yang sihat.

Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara terbuka yang bermula dari nilai kurang 0 hinggalah 105Hz

Ahad, 22 November 2009

Daging Merah Boleh Sebabkan Barah Payu Dara

Pengambilan daging merah setiap hari walaupun dalam
jumlah kecil dapat meningkatkan risiko barah payu dara
sebanyak 56 peratus di kalangan wanita berusia, menurut
penyelidikan Britain yang diterbitkan semalam.
Kajian mendapati, pengambilan hanya 57 gram daging
kerbau, lembu atau babi sehari boleh menyebabkan risiko.
Wanita menopaus yang memakan daging diproses seperti
sosej dan daging babi salai dalam jumlah lebih besar iaitu
kira-kira 103 gram berisiko 64 peratus mendapat penyakit
itu.
Laporan Independent menyebut, wanita muda yang
masih belum menopaus turut meletakkan diri dalam risiko
menghidapi barah payu dara jika memakan daging setiap
hari, menurut kajian Universiti Sheffield.
Penyelidikan, yang diketuai profesor epidemiologi zat
dan kesihatan awam, Profesor Janet Cade, membabitkan
35,000 wanita berusia antara 35 dan 69 tahun yang dipantau
hampir lapan tahun.
Semuanya sudah melengkapkan soal selidik mengenai
217 bahan makanan dibahagi kepada tiga kumpulan
bergantung sama ada mereka memakan daging dalam
jumlah tinggi, sederhana atau rendah. Mereka
dibandingkan wanita dalam kajian itu yang memakan
sayur-sayuran.
Penyelidik turut mengambil kira tabiat merokok, berat
badan, pengambilan buah dan sayur, kelas, pendidikan
dan penggunaan terapi penggantian hormon.
“Hasil kajian kukuh. Apa saja ubah suai yang dibuat
pada data, kaitannya masih ada. Wanita yang makan
semua jenis daging, daging merah dan daging proses
dalam jumlah tinggi paling berisiko tinggi berbanding wanita
tidak memakan daging walaupun daging merah dan daging
diproses cuma menunjukkan kesan pada wanita
menopaus,” menurut Profesor Cade.
Katanya, penyelidik agak terkejut apabila mendapati
pengambilan cuma 57 gram daging merah sehari
menunjukkan kesan.
“Ia adalah hasil kerja kompleks dan diwujudkan khas
untuk membandingkan perbezaan bentuk diet,” katanya.
Sumber: Agensi

Kepentingan Air Kepada Badan - air Amezcua Bio Disc

Kita sering mendengar nasihat daripada doktor ataupun
ahli keluarga kita yang menyarankan `minum lebih banyak
air’, terutamanya apabila kita jatuh sakit. Akan tetapi, tabiat
meminum air seharusnya diterapkan dalam kehidupan
seharian kita, bukan sahaja pada masa kita sakit. Dalam
iklim tropika dan cuaca panas di Malaysia, adalah amat
mustahak untuk kita meminum air yang mencukupi untuk
memelihara kesihatan.
Mengapa air sangat penting?
Air merupakan komponen terbesar dalam badan
manusia. Antara fungsi utamanya adalah untuk membuang
toksin daripada badan menerusi perpeluhan dan
perkumuhan. Kita juga kehilangan air dalam proses
respirasi semasa kita bernafas. Tubuh kita memerlukan
air untuk penghadaman dan penyerapan zat. Air juga
berfungsi mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit
kita dari dalaman. Air juga menghidratkan badan semasa
kita menjalankan aktiviti yang aktif dan melindungi otot
serta sendi.

Berapa banyak air yang badan kita perlukan?
Kebanyakan pakar memberi saranan untuk meminum
8 hingga 10 gelas air sehari untuk mengekalkan kesihatan.
Akan tetapi, saranan ini hanyalah setakat jangkaan kerana
pengambilan air bukan sahaja tertakluk kepada meminum
air kosong. Secara keseluruhan, kita hanya perlu
menggantikan kandungan air yang hilang dari tubuh badan
kita; dan dengan demikian, ia adalah berbeza mengikut
individu bergantung kepada usia, keadaan fizikal, tahap
aktiviti, dan cuaca. Amalan yang sebaiknya adalah
meminum air ketika berasa dahaga dan minum lebih
banyak bila kita berasa tidak cukup.
Dalam tubuh individu yang sihat, badannya akan
menghantar isyarat 'dahaga' apabila badan telah kehilangan
1% atau 2% air. Akan tetapi, apabila kita menghidapi
penyakit seperti demam dan cirit-birit, isyarat tersebut akan
terjejas. Oleh itu, kita perlu meminum lebih banyak air
semasa kita sakit untuk membuangkan toksin dalam
badan. Keadaan fizikal dimana badan kita kekurangan air
adalah seperti tekanan darah rendah, otot yang lemah,
kekejangan dan insomnia. Kehilangan air yang serius akan
menyebabkan koma dan membawa kepada kematian

Adakah anda tahu?
�� Pengurangan 4-5% air dalam badan akan membawa
kepada kejatuhan dalam prestasi kerja.
�� Retensi (penyimpanan) air berlaku apabila air dalam
badan tidak mencukupi, dan badan akan
menyimpan air untuk mengekalkan keseimbangan
Ironisnya, retensi air ada masanya dapat diatasi
dengan meminum lebih air dan bukannya kurang
minum air.
�� Kebanyakan orang berpendapat bahawa terdapat
masalah dengan air apabila bau busuk terasa,
ataupun ia nampak kotor. Akan tetapi, terdapat
pelbagai jenis bahan pencemar membahaya larut
yang biasanya tidak menyebabkan air berbau busuk
atau kotor.
�� Air meninggalkan bahagian perut dalam tempoh lima
minit selepas diminum.
�� Meminum hanya air masin sahaja akan
menyebabkan halusinasi (berkhayal) dan membawa kepada kematian

cara mendapat air berkualiti

Makanan Segera dan Kesihatan

Makanan yang berkhasiat untuk keluarga! Demikian
bunyi iklan sebuah restoran makanan segera yang
mempromosikan restorannya. Benarkah dakwaan tersebut?
Sedangkan menurut pakar pemakanan, makanan yang
dijual di restoran tersebut mempunyai kandungan kalori,
garam,
Makanan ini dikenali sebagai makanan segera.
Makanan ini mempunyai kandungan garam, lemak, kalorii
yang tinggi. Di samping itu, ia juga tidak mengandungi
serat, yang membantu dalam penghadaman makanan.
Amalan mengambil makanan segera secara yang kerap
boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.
Darah tinggi
Satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Pendidikan
Pacific Health di Bakerfield California, dan Prevention
Concepts, Inc di Los Angeles, yang melibatkan 200 pelajar
sekolah, mendapati lapan daripada sepuluh pelajar itu
mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.
Ujian makmal pula menunjukkan satu pertiga daripada
mereka mengandungi kadar kolesterol dalam darah yang
tinggi dan 10 peratus pula menghidap penyakit darah tinggi.
Berdasarkan kajian ini, kandungan lemak tepu yang
berlebihan boleh menyempitkan pembuluh darah dan
menjadi punca kepada penyakit darah tinggi, khususnya
apabila umur seseorang itu meningkat.
Asma
Ahli-ahli sains daripada Scotland dan Arab Saudi
mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama
peningkatan penyakit alahan dan asma dalam kalangan
kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap 100 orang
kanak yang mempunyai simpton penyakit asma dan 200
kanak-kanak yang tidak menghidap asma. Hasil kajian
itu merumuskan kanak-kanak yang kurang mengambil
sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih
mudah diserang oleh penyakit ini.
Sakit jantung
Dalam satu mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di
Anaheim, California, sebagaimana yang dipetik oleh media
internet, CNN.com - health pada 14 Mac 2000, makanan
segera meningkatkan risiko remaja menghidap sakit
jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan
kolesterol yang terdapat di dalam makanan segera.
Kesan kepada otak
Satu kajian yan dilakukan di Baycrest Centre for
Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada merumuskan
bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak.
Ini berdasarkan kepada kandungan makanan segera yang
yang mengandungi lebihan lemak itu berkemampuan
merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Otak
memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, Kegemukan
Kandungan lemak yang tinggi dalam makanan segera
menyebabkan masalah kegemukan. Menurut pakar dari
Pusat Pakar Wanita Srivari, kanak-kanak menghadapi
risiko kegemukan disebabkan seringnya mengambil
makanan segera. Statistik pada masa ini menunjukkan
25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia
menghadapi masalah kegemukan. Berikutan daripada
masalah kegemukan itu, ia juga menyebabkan risiko
kemanduan, khususnya lelaki. Ini berdasarkan kepada
jumlah kiraan sel sperma lelaki yang gemuk pada masa
ini telah merosot sejak 50 tahun yang lalu.
Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr.
Danial Zainal Abidin, PTS Millenia Sdn. Bhd

Makanan Segera: Indah Khabar Daripada Rupa

Makanan segera wajar digelar makanan remeh
memandangkan kekurangan zat makanan yang terkandung
di dalamnya. Biarpun begitu, kenyataan ini cuba disanggah
oleh syarikat makanan segera. Mereka mengadakan
pelbagai bentuk promosi, iklan, penajaan dan sebagainya
yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk
meyakinkan orang ramai bahawa makanan mereka adalah
berkhasiat.
Tempat-tempat perniagaan atau restoran mereka juga
dijadikan sebagai tempat hiburan untuk kanak-kanak dan
keluarga. Pengguna juga digembar-gemburkan bahawa
makanan tersebut selamat dimakan dan berkhasiat.
Makanan segera sememangnya makanan tetapi hanya
mengandungi sedikit khasiat pemakanan. Sekira makanan
segera ini dinikmati sekali-sekala, kurang memudaratkan.
Pengambilan terlalu kerap ke satu jenis makanan ini boleh
menimbulkan kesan buruk daripada segi diet pemakanan.
Tanpa disedari, makanan segera akan mendedahkan diri
anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - seperti
kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan,
tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit
jantung, dan kanser usus besar.
Berikut adalah maklumat kandungan zat dalam makanan
ringan yang biasa terdapat di sesebuah restoran makanan
segera.
􀂊 Burger daging 0.2kg boleh mengandungi 57gram
lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi,
vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah
kimia.
􀂊 Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60%
kalori diperolehi daripada lemak). Banyak garam. Ia
membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan
yang menyalutkannya mengandungi MSG dan
pewarna kimia.
􀂊 Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein
dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam.
Warna keemasannya adalah pewarna tiruan.
􀂊 Milk Shake: 142 gram susu di dalam 284 gram
shake, bercampur udara dan air. Proses ini
memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan
pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan
pewarna kimia. Susu membekalkan protin dan
kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas
yang sederhana besarnya.
􀂊 Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar
mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan
kafein. Nilai makanan: kosong.
Secara keseluruhan, kita dapati sejumlah protein, zat
besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun
kebanyakan bahan itu mengandungi kalori yang tinggi,
direndam dalam lemak serta kandungan gula dan garam
yang tinggi. Ia mempunyai kurang serat dan kebanyakan
vitamin serta zat galian yang perlu. Hidangan makanan ini
tidak seimbang dari segi nilai pemakanan.
Satu sajian makanan segera membekalkan kepada
tubuh badan sebanyak separuh kalori dan dua pertiga lemak
serta protein yang diperlukan sepanjang hari. Tetapi jika
sajian makanan ini diambil sebagai makanan ringan, di
antara sajian tetap, tubuh akan mendapat lebih banyak
kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan. Tubuh akan
kekurangan sesetengah zat makanan yang perlu, yang
dapat membentuk diet lengkap dan seimbang.
Lemak
Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35%
(mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik
(daripada segi khasiat) daripada ban yang diperbuat
daripada tepung putih halus tetapi direndam dalam lemak,
biasanya lemak tepu, yang boleh meyebabkan penyakit
jantung. Lebih buruk lagi, ia biasanya disediakan separa
masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi
sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu
hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 gram
lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna
terdapat lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju
sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam,
gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan
penambah lain.
Jangan menyangka bahawa ayam dan ikan kurang
lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak
minyak di mana kebanyakannya sama kemudaratannya.

Kandungan daging
Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging
cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan
segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa
mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya
daging semata-mata. ‘Daging tanpa lemak’ termasuk tulang,
kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta
ekor yang dikisar.
Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan
menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang
dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan
sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya
dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan
menggunakan pengemulsi dan pemekat.
Sebiji burger boleh mengandungi 50% hingga serendah
25% ‘daging tanpa lemak’. Burger lain dicampurkan lemak
dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing
(rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang.
Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat
(seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam
pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan
pewarna tiruan seperti tartrazina, gula, perisa kimia, MSG
dan garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera sangat manis. Malah
bahan makanan yang tidak manis, juga mengandungi gula
kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk
menambah kesedapannya. Seseorang individu hanya
memerlukan 50gram gula sehari.
Serat
Serat terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran,
bijirin dan kekacang. Ia memainkan peranan yang penting
di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau
baik dalam penyerapan kolesterol. Oleh itu ia akan
membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga
membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah
kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak
diproses kerana ia hampir tidak mengandungi serat. Tidak
terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya
kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban
yang mengandungi kepingan-kepingan salad adalah
makanan yang seimbang.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan
zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahanbahan
itu terdapat di dalam makanan segera tetapi tidakmencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam
dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat
sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan
milk shake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun
dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat
suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15
paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C
dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium
secukupnya.
Oleh itu, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada
makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk
hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran makanan
segera!
MAKANAN SEGERA
WAJIB ADA LABEL
KANDUNGAN KHASIAT
Kementerian Kesihatan mewajibkan syarikat-syarikat
makanan segera menampilkan label mengenai
kandungan bahan dalam makanan yang dijual kepada
pembeli.
Syarikat yang didapati gagal berbuat demikian akan
disiarkan nama mereka di media massa.
Langkah ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada pengguna memilih makanan segera yang
benar-benar memberi khasiat kepada mereka.
Label tersebut perlu menyatakan tentang
kandungan bahan yang digunakan dan juga peratusan
setiap makanan segera yang diambil oleh pengguna.
Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
melarang syarikat makanan segera menaja rancangan
kanak-kanak dan menyiarkan iklan mereka sepanjang
rancangan itu ke udara. Iklan makanan segera juga
dilarang menampilkan maklumat pemakanan yang
mengelirukan dan tidak boleh menggalakkan
pengambilan makanan segera secara berlebihan.
AIR BERTENAGA DARI AMEZCUA BIO DISC - PENTINGNYA AIR BER-ENERGI DGN TEKNOLOGI NANO

pentingnya air ber-energi bagi kesihatan & penyembuhan semua penyakit

Seperti kita ketahui, hampir 80% tubuh manusia terdiri dari air.
Sangatlah penting untuk memberikan tubuh dengan air mineral yang
berkualiti sesuai dengan kepentingan sel2 dalam tubuh.

Air juga diperlukan oleh Haiwan mahupun Tumbuhan.
Air pun Hidup, dia bisa bereaksi terhadap sekelilingnya. .

Air Mineral ber-Energi, adalah Air yang boleh dipakai untuk terapi
penyembuhan Segala jenis penyakit,
dapat membantu pertumbuhan tumbuhan dan haiwan lebih cepat dan baik.

Prof. MASARU EMOTO, dalam buku best seller'nya "The True Power Of
Water" meneliti perbezaan air biasa dengan
Air Berenergi yang boleh menjadi terapi penyembuhan segala penyakit.
lihat:
http://www.youtube.com/watch?

info kesan pemakanan

info kesan pemakanan:

gula:
Kerosakan gigi
Gula merupakan salah satu daripada penyebab
kerosakan gigi. Walaupun gula (sukrosa) adalah penyebab
gigi rosak yang utama, tetapi ini tidak maksud ia merupakan
satu-satunya punca. Semua gula boleh digunakan sebagai
makanan bagi bakteria di dalam plak pada gigi. Bakteria
tersebut mengeluarkan asid yang boleh merosakkan enamel
gigi. Oleh itu semua jenis gula menjadi satu masalah di
bawah keadaan yang sesuai, sama dengan makanan kanji.
Kebiasaannya makanan manis atau makanan berkanji yang
akan melekat pada gigi. Ini akan mudah mendatangkan
kerosakan gigi.

Obesiti
Di Malaysia, terdapat enam juta orang dewasa yang
mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Demikian
menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, Kaji Selidik Pemakanan Orang Dewasa Malaysia
2003. Selain daripada lemak dan kolesterol, salah satu
faktor utama yang menyebabkan obesiti ialah kalori,
contohnya kalori daripada gula. Gula pasir itu menambah
tenaga (kalori) tanpa menambah nutrien yang lain ke dalam
diet anda. Jika anda makan lebih kalori daripada yang anda
guna, lebihan itu akan disimpan sebagai lemak dan anda
akan menjadi semakin gemuk. Gula berlebihan dalam badan
akan ditukar kepada glikogen untuk kegunaan masa
hadapan sebagai sumber tenaga, atau disimpan sebagai
lemak.

Kencing manis
Walaupun tiada bukti yang boleh menunjukkan gula ada
kaitan langsung dengan kencing manis, namun gula boleh
membawa kepada obesiti, yang seterusnya boleh
menggalakkan kencing manis. Pengambilan gula yang
banyak akan meningkatkan risiko keobesan, dan seterusnya
meninggikan risiko kencing manis

"sumber buletin pengguna"

kafein:


Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Bahagian
Penyelidikan Kaiser Permenente, Oakland, California,
mendapati bahawa wanita hamil yang mengambil kafein
terlalu banyak boleh menyebabkan risiko keguguran.
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal of Obstetrics &
Gynecology, menyarankan wanita yang hamil menghadkan
atau menghentikan pengambilan kafein. Menurut ketua
kajian tersebut, Dr De-Kun Li, wanita hamil perlu
mengelakkan minuman berkafein sekurang-kuranngya
dalam tempoh tiga atau empat bulan pertama kandungan.
Kajian ini dibuat terhadap 1,063 wanita hamil yang
ditemubual mengenai pengambilan bahan berkafein. Wanita
yang ditemubual itu secara puratanya dalam lingkungan
kehamilan selama kira-kira 71 hari. Namun, seramai 102
orang mengalami keguguran dan hal itu tidak mengejutkan
kerana kebanyakan keguguran berlaku ketika peringkat
awal kehamilan.
Sementara itu, sejumlah 264 orang lagi tidak
menggunakan kafein dengan 12.5 peratus daripada jumlah
itu mengalami keguguran. Namun, kadar keguguran
berjumlah 24.5 peratus berlaku di kalangan 164 wanita yang
mengambil 200 miligram atau lebih kafein setiap hari.
Risiko yang meningkat itu dikaitkan dengan kafein dan
bukan dengan faktor risiko lain seperti usia wanita
mengandung atau tabiat merokok, kata penyelidik terbabit.
Dalam pada itu, kumpulan profesional seperti the
American College of Obstetricians and Gynecologists dan
the American Society for Reproductive Medicine belum
menyatakan pendirian rasmi mengenai amalan penggunaan
kafein di kalangan wanita hamil.
Laman web March of Dimes Web pula menyebut bahawa
kebanyakan pakar bersetuju bahawa jumlah kafein yang
ditemui dalam lapan hingga 16 auns kopi sehari adalah
selamat.
Menurut laman itu, sesetengah kajian mengaitkan jumlah
kafein yang tinggi dengan keguguran dan kurang berat bayi
yang dilahirkan. Begitupun, ia turut menyatakan bahawa
tiada bukti kukuh mengenai penggunaan kafein
menyebabkan masalah berkenaan. Setakat yang diketahui
hingga kini, wanita hamil perlu mengehadkan pengambil
kafein ketika mengandung.
Sumber: Berita Harian, 28 April 2008

Jumaat, 20 November 2009

teknologi nano: standard dan pengguna

Teknologi nano dapat membantu
menghasilkan makanan yang lebih tahan
lama dan segar. Selain itu, kualiti dan
keselamatan makanan juga dapat
ditingkatkan.


Teknologi Nano
Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi nano
adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer,
biasanya 0.1 hingga 100 nm (satu nanometer bersamaan
dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta
milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke atas jenis
teknologi yang sangat kecil. Apabila sesuatu struktur,
peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri-ciri
bahan tersebut boleh berubah dan boleh menghasilkan bahanbahan
yang unik. Sebagai contoh, sesuatu ubat boleh
dijadikan lebih berkesan, makanan yang boleh tahan lebih
lama dan lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih
fleksibel dan sebagainya. Teknologi nano dikatakan
mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut
kehidupan; merangkumi produk pengguna, penjanaan tenaga,
perubatan dan lain-lain.

Struktur Nano
Menurut Consumer Product Safety Commission (CPSC) di Amerika
Syarikat, jumlah produk yang menggunakan teknologi nano
dikatakan akan meningkat pada tahun-tahun yang akan
datang. Setiap hari, terdapat satu barangan baru yang
dihasilkan melalui teknologi nano. Menurut National Centre
for Advanced Materials Research (AMREC), Malaysia telah
memperuntukkan sebanyak RM162 juta (dalam Rancangan
Malaysia Ke-8) untuk kajian dan penyelidikan dalam bidang
teknologi nano.
Teknologi nano dikatakan dapat membawakan pelbagai
faedah kepada pengguna. Ia boleh digunakan dalam sektorsektor
seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi perubatan, alam sekitar,
penjanaan tenaga,
barangan pengguna dan
automotif.

Teknologi Nano
dalam perubatan

Sejenis alat ‘nanosensors’ dikatakan
dapat mengesan bahan kimia dan kecacatan sistem imun dalam
badan, dan proses ini dapat membantu dalam penghasilan
ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang dihasilkan melalui kaedah
teknologi nano ini akan dapat memudahkan proses penyerapan
ubat dalam sistem pengangkutan badan dan dapat mengubati
sesuatu kecacatan atau kesakitan dengan cara yang lebih
cepat dan berkesan. Oleh itu, seseorang pesakit tidak perlu
memakan ubat yang banyak untuk sembuh. Selain itu, pesakit
juga dikatakan tidak akan mengalami kesan sampingan yang
banyak dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
Teknologi ‘nanobot’ pula, apabila disuntik ke dalam badan
akan dapat melalui sistem saluran dengan baik dan dapat
mengesan sel- sel kanser. Apabila ‘nanobot’ ini telah memasuki
sel-sel kanser, ia dikatakan dapat membunuh sel-sel tersebut
tanpa mencederakan sel-sel yang lain.

Teknologi Nano dalam produk pengguna
Teknologi nano juga dapat membantu menghasilkan makanan
yang lebih tahan lama dan segar. Selain itu, kualiti dan keselamatan makanan juga dapat ditingkatkan.
Industri kosmetik juga menunjukkan minat untuk
menggunakan teknologi nano dalam barangan kosmetik untuk
pengguna. Nanopartikel yang dihasilkan dikatakan dapat
membolehkan penyerapan yang lebih mudah apabila
digunakan. Molekul biologi dalam nanopartikel akan
membolehkan penjanaan sel-sel yang baru

Teknologi Nano dan pengguna
Walaupun teknologi nano dikatakan dapat membawa pelbagai
kebaikan kepada pengguna, namun begitu terdapat juga risiko
terhadap teknologi ini. Sebagai contoh, kesan nanopartikel
ini terhadap kesihatan dan persekitaran masih belum
diketahui keselamatan jangka panjangnya. Penyerapan bahan
kosmetik yang terlalu banyak ke dalam kulit mungkin juga
akan mencetuskan masalah kesihatan yang lain. Menurut
sebuah artikel dari United Nation Non-Govermental Liasion Service
pada tahun 2008, kajian toksikologi terhadap nanopartikel
ini amat kurang. Menurut artikel tersebut, apabila saiz sesuatu
struktur dikurangkan kepada skala nano, partikel – partikel
tersebut akan mempunyai luas permukaan yang lebih yang
membolehkan mereka menjadi lebih aktif dari segi kimia.
Apabila ini berlaku, saiz struktur tersebut akan menjadi lebih
kecil, reaktivitinya akan meningkat, dan ia berkemungkinan
juga menyebabkan kesan berbahaya kepada tisu-tisu hidup dan juga kesan-kesan lain seperti gejala bengkak, kerosakan
tisu dan sebagainya

Standard untuk teknologi nano
Standard menggariskan ciri-ciri dan keperluan yang akan
dipatuhi oleh pihak industri untuk memastikan produk dan
perkhidmatan adalah selamat untuk pengguna dan alam
sekitar. Pematuhan kepada standard memastikan pengguna
menikmati produk dan perkhidmatan yang selamat
Standard antarabangsa untuk teknologi nano adalah ISO/
TC 229. Standard ini memastikan teknologi nano dibangunkan
dan dipasarkan dengan kaedah yang selamat, secara
bertanggungjawab, mematuhi persetujuan dalam penamaan,
dan spesifikasi teknologi nano. Selain itu, standard ini juga
akan memastikan pelbagai aspek teknologi nano diuji bagi
memastikan keselamatan kepada pengguna, risiko kesihatan
dan kesan kepada alam sekitar. Selain itu juga mengkaji cara
penyelenggaraan teknologi nano dengan mengambil kira
risiko-risiko yang akan timbul. Sehingga kini, Malaysia sedang
melakukan kerja-kerja dalam pembangunan terminologi dan
tatanama dalam bidang ini dan masih memerlukan ramai pakar
berhubung teknologi nano membangunkan standard ini
dengan lebih baik demi memanfaatkan pengguna dan
pembangunan negara.

teknologi nano: mencipta kesenangan bagi umat manusia

Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN

Apa lagi yang menarik mengenai teknologi yang membolehkan semua masalah di dunia ini diselesaikan dengan mudah dan menerusinya juga terhasil suatu kesenangan kepada umat manusia. Ia juga berpotensi dalam memberi jawapan dan penyelesaian kepada pelbagai masalah kompleks di dunia mencakupi bidang kesihatan, ekonomi, komunikasi, industri, elektronik, pembinaan, informasi, pengangkutan, dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, teknologi yang boleh mempengaruhi semua aspek kehidupan manusia.

Teknologi nano merupakan jawapan kepada segala permasalahan ini. Teknologi nano merupakan suatu bidang sains di mana bidang ini bertujuan untuk
mengawal atom dan molekul secara individu untuk membentuk cip komputer dan lain-lain peranti yang lebih kecil dari apa yang diizinkan oleh teknologi masa kini

Istilah ´nano´ berasal dari kata Nanos (bahasa Yunani) yang bererti satu per satu miliar. Jadi 1 nanometer (nm) sama dengan 12048 meter.

Nanoteknologi merupakan teknologi yang melibatkan atom dan molekul dengan ukuran lebih kecil daripada 1.000 nanometer. Itu bererti ukurannya boleh mencapai 100.000 kali lebih kecil dari diameter sehelai rambut manusia.

Teknologi nano dijangka akan membenarkan:
Barangan pengguna yang dibina sendiri;
Komputer yang teramat laju;
Ciptaan baru;
Perjalanan ke angkasa;
Teknologi nano dalam bidang perubatan;
Pencemaran dihentikan dan dihapuskan;
Sintesis makanan secara molekul;
Pendidikan yang lebih baik;
Pengenalan semula flora dan fauna yang telah pupus.

Dalam dunia maklumat, teknologi digital telah membenarkan penyalinan menjadi cepat, murah dan tepat, bebas dari kos dan kekangan oleh sumber tersebut. Dengan menganggap atom sebagai objek yang diskrit, pembuatan pada tapak molekul akan membuahkan satu revolusi baru kepada pembuatan objek material.

Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah.

SEJARAH TEKNOLOGI NANO

Pada tahun 1959, Richard Feynman dalam satu persidangan, telah mencadangkan satu bidang bagi manipulasi unit terkecil bagi benda, yakni atom. Impian ini telah dianggap sebagai perbincangan saintifik pertama dalam teknologi nano. Pada tahun 1974, Norio Taniguchi, seorang saintis di Universiti Tokyo, mula menggunakan ´nanotechnology´ bagi menbezakan kejuruteraan pada skala mikrometer dari paras yang lebih kecil.

Pada tahun 1986, Eric Drexler, seorang penyelidik di Massasuchetts Institute of Technology menulis buku Engines of Creation, buku yang dikatakan membawa bidang teknologi nano kepada arus perdana. Pada masa yang sama, penyelidik di Universiti Rice sedang mengkaji satu molekul yang ganjil.

Dengan meruapkan karbon dan membenarkan ia terkondens dalam sejenis gas, kumpulan Richard Smalley mendapati bahawa karbon membentuk kristal-kristal yang sangat stabil yang mengandungi 60 atom kesetiap satunya. Mereka mengjangka yang kristal tersebut mempunyai struktur yang sama seperti yang digunakan dalam dom geodesik R Buckminster Fuller.

Eksperimen ini masih merupakan penemuan teknologi nano yang paling terkenal dan membolehkan kumpulan Smalley dianugerahkan Nobel Prize dalam bidang Kimia.

PERALATAN DALAM TEKNOLOGI NANO

Sebelum 1980an, tiada peralatan yang dapat membenarkan saintis untuk mengkaji teknologi nano. Ini menyebabkan teknologi nano terbantut buat seketika. Pada awal 1980an, penyelidik-penyelidik di IBM telah mereka dua teknik ´microscopy´ iaitu ´atomic force microscopy´ (AFM) dan ´scanning tunneling microscopy´ (STM).

Kedua-dua teknik ini menggunakan ´cantilever´ yang kelihatan seperti jarum, untuk membaca satu permukaan secara terus, seperti bagaimana jarum pemain rekod membaca rekodnya.

AFM berfungsi dengan melalukan ´cantilever´ tersebut berdekatan dengan beberapa nanometer sebuah permukaan tersebut. Kuasa atom yang menggerakkan ´cantilever´ ini diukur untuk membentuk satu peta topografi atom ke atom.
STM adalah hampir sama, tetapa ia mengukur kesan quantum yang dipanggil penerowongan. ´Cantilever´ STM mempunyai cas yang kecil.

Teori fizik mengatakan bahawa satu dinding tenaga akan menghalang cas dari melompat ke permukaan, tetapi apabila dua atom mendekati keduanya, peraturan quantum membenarkan elektron menembusi dinding tersebut. STM mengukur penembus ini untuk memetakan permukaan objek tersebut.

Dengan memodulasikan voltan pada hujung ´cantilever´ tersebut, saintis boleh
menggunakan kedua-dua teknik ini lebih dari melihat atom, malahan mereka juga dapat menolak dan menarik atom kedalam tempat yang dikehendaki. Kedua-dua ini merupakan teknologi yang penting dalam teknologi nano. Tetapi, penyelidikan nano memerlukan penciptaan corak skala nano yang memerlukan peralatan yang lebih halus dan terperinci.

Peralatan ini ialah litografi e-beam. Berbeza dari fotolitografi, iaitu teknik yang digunakan untuk membuat cip mikro, litografi e-beam tidak dihadkan oleh panjang gelombang cahaya. Dengan menggunakan pancaran elektron dari satu mikroskop pengimbas elektron, penyelidik boleh menghasilkan buatan yang terperinci sekecil beberapa nanometer.

TUJUAN

Pada masa ini, pengkajian nano adalah tertumpu kepada penyelidikan yang asas. Tetapi mereka berharap pada satu masa yang akan datang, mereka dapat mengembangkan teknologi nano kepada bidang-bidang lain seperti biologi, kimia, komputer dan sebagainya.

Dengan menggunakan tiub nano yang semikonduksi, penyelidik telah membina beberapa komponen elektronik asas. Ini termasuklah transistor. Terdapat juga makmal yang melaporkan kejayaan dalam membina wayar nano silikon.

Pendekatan nano ke arah pengkomputeran seperti pengkomputeran molekular, yang menggunakan suis molekul untuk memproses data dan pengkomputeran kuantum yang menggunakan eletron tunggal, memberikan harapan yang sirkit terintegrasi akan dapat selari dengan Moore´s Law.

KONSEP

Terdapat dua konsep yang biasa dihubungkan dengan teknologi nano iaitu:

- Pemasangan berposisi (positional assembly)
Replikasi semula

- Pemasangan Berposisi
Keperluan bagi pemasangan berposisi adalah menandakan minat dalam bidang robotik bermolekul, yakni peranti robotik yang bersaiz dan berketepatan molekul. Peranti pemposisi berskala molekul ini adalah hampir serupa dengan alat-alat yang menjalankan tugas yang serupa pada masa ini. Pemasangan berposisi ini adalah biasanya digunakan dalam pembuatan makroskopik hari ini dan memberikan kelebihan yang jelas. Tarikan pembuatan molekul bagi industri komputer adalah jelas.

Ia membenarkan pembuatan komuter pada kos yang kurang dari satu dollar per pound, beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Industri komputer telah membelanjakan berbilion dolar untuk mencipta komputer yang lebih hebat. Adalah difahami bahawa had bagi litografi adalah hampir jelas. Ini secara langsung menggalakkan lagi penyelidikan ke arah pemasangan berposisi dengan kawalan di paras molekul.

Pemasangan berposisi adalah berkait rapat dengan penggunaan teknologi STM. Ini adalah disebabkan hasil dari STM dapat menggerak dan memposisikan atom dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun dijangka pencapaian dalam bidang pemasangan berposisi yang berorientasikan komputer adalah dalam 10 tahun lagi.

REPLIKASI SENDIRI

Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940-an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang.

Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik.

Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori.

KESIMPULAN

Teknologi nano memberikan masa depan yang agak menarik untuk ditempuhi. Dengan penghasilan produk yang berasaskan teknologi nano ini, dijangka kerja-kerja akan menjadi lebih mudah, keselesaan yang tinggi dan berkos murah.

teleskop dan teknologi nano

`Dunia sains teknologi dan penyelidikan kini tidak terlepas dari membicarakan tentang teknologi nano. Teknologi nano merujuk kepada struktur bahan atau sistem berskala sekecil satu nanometer. ( satu nanometer bersamaan satu per bilion meter). Berbicara tentang teknologi nano, kita juga tidak dapat mengelak dari membincangkan suatu peralatan yang penting untuk melihat struktur atau bahan sekecil itu iaitu mikroskop. Mikroskop yang dimaksudkan bukanlah mikroskop yang sama seperti yang digunakan semasa waktu pembelajaran sains di alam persekolahan untuk melihat sampel-sampel biologi dan sebagainya. Artikel ini akan meninjau perkembangan mikroskop berkuasa tinggi yang mampu melihat bahan atau struktur bersaiz sehingga skala nanometer.

Mikroskop (microscope) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu ’micron’ yang bermaksud kecil dan ’scopos’ bermakna tujuan. Gabungan kedua-dua perkataan tadi di kenali sebagai mikroskop, iaitu suatu alat yang digunakan untuk melihat objek-objek kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Menurut sejarah, mikroskop pertama di dunia dicipta oleh keluarga Janssen dari Jerman iaitu Hans Janssen dan anaknya Zacharias Janssen pada tahun 1590. Penemuan itu mendorong saintis terkenal Galileo Galilei dari Itali membangunkan alat yang sama. Galileo Galilei menyiapkan ciptaan mikroskop beliau pada tahun 1609 yang dikenali dengan nama ’Mikroskop Galileo’. Mikroskop ini menggunakan kanta optik dan lebih dikenali dengan nama mikroskop optik yang memiliki kemampuan terbatas dalam membesarkan imej-imej objek yang dilihat. Hal ini disebabkan oleh kemampuan pembelauan cahaya yang digunakan untuk mengamati objek yang ditentukan oleh panjang gelombang cahaya masuk. Secara teori, panjang gelombang ini hanya terbatas sekitar 200 nanometer. Oleh itu, mikroskop yang berasaskan optik tidak dapat membesarkan imej yang berada di bawah julat saiz 200 nanometer.

Untuk melihat objek bersaiz lebih kecil dari 200 nanometer, mikroskop dengan panjang gelombang cahaya yang lebih pendek diperlukan. Dari idea inilah, pada tahun 1932 mikroskop elektron dicipta. Mikroskop elektron menggunakan sinar elektron dengan panjang gelombangnya yang lebih pendek dari panjang gelombang cahaya. Oleh itu, mikroskop elektron mempunyai keupayaan pembesaran objek yang dikenali sebagai resolusi imej yang lebih tinggi berbanding mikroskop optik.

Secara asas, mikroskop elektron juga menggunakan kanta, namun kanta yang digunakan bukanlah jenis kaca seperti yang digunakan dalam mikroskop optik. Kanta yang digunakan dalam mikroskop elektron adalah bersifat magnet. Sifat medan magnet pada kanta ini dapat mengawal dan mempengaruhi elektron yang melaluinya sehingga ia dapat berfungsi menggantikan sifat kanta pada mikroskop optik itu tadi. Salah satu keadaan yang diperlukan dalam mikroskop elektron ialah ruang vakum. Keadaan vakum diperlukan untuk menghalang pecutan elektron berlanggar dengan molekul-molekul lain yang berada dalam ruang bebas udara yang mengganggu fungsi utama mikroskop elektron itu tadi.

Terdapat dua jenis mikroskop elektron yang utama iaitu Mikroskop Transmisi Elektron (TEM) dan Mikroskop Imbasan Elektron ( SEM). TEM di perkenalkan pertama kali oleh dua saintis Jerman iaitu Ernst Ruska dan Max Knoll pada tahun 1932. Pada waktu itu, Ernst Ruska merupakan penuntut PhD dibawah bimbingan Max Knoll. Penemuan TEM melayakkan Ernst Ruska menerima Hadiah Nobel bidang fizik pada tahun 1986.

Prinsip operasi TEM melibatkan tembakan elektron ke lapisan nipis sampel dari senapang elekron seterusnya maklumat mengenai komposisi sampel terbabit akan dapat di kesan dari analisis sifat hentaman, pantulan dan fasa sinar elektron yang menembusi sampel tersebut. Dari sifat pantulan sinar elektron itu juga dapat dikenalpasti struktur dan orientasi hablur sampel tersebut. Seterusnya untuk analisis yang lebih mendalam, susunan struktur atom dan kesan kecacatan ( defect ) pada hablur sampel juga akan dapat dikesan. Dalam pengamatan objek menggunakan TEM ini, sampel yang hendak dianalisis perlu dinipiskan terlebih dahulu sehingga mencapai saiz kurang dari 100 nanometer ketebalannya. Proses penyediaan sampel TEM memerlukan pemerhatian yang khusus dan hanya peralatan tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk menyediakannya. Dalam penghasilan peranti mikroelektronik, TEM sering digunakan untuk melihat keratan rentas peranti berikutan sifat kristal yang ada pada peranti mikroelektronik itu tadi. Dalam suatu keadaan lain, TEM juga digunakan untuk melihat permukaan dari sesebuah peranti.

Sedikit berbeza dengan TEM, SEM juga dibangunkan oleh saintis Jerman pada tahun 1938 iaitu Manfred Von Ardenne. Konsep asas SEM ini juga sebenarnya disampaikan oleh Max Knoll pada tahun 1935. Prinsip operasi SEM berbeza dengan TEM kerana elektron hanya akan mengimbas permukaan sampel seterusnya maklumat yang diperolehi hasil dari imbasan tersebut akan dipancarkan dalam bentuk imej. Secara ringkas, imej yang terhasil adalah seperti imej skrin televisyen yang kita tonton.

Cara imej terbentuk pada SEM berbeza dengan imej yang terhasil dalam TEM. Dalam SEM, imej terhasil berdasarkan elektron sekunder atau pantulan elektron yang muncul pada permukaan sampel ketika sampel tersebut diimbas dengan sinaran elektron. Isyarat dan amplitud dari elektron sekunder dan elektron pantulan yang terhasil seterusnya akan diperbesarkan dan ditampilkan dengan imej cerah-gelap pada layar tiub sinar katod (CRT). Pada monitor CRT inilah imej objek yang telah dibesarkan beberapa ratus sehingga ribu kali ganda akan ditampilkan. Dalam SEM, penyediaan sampel tidak serumit TEM yang perlu dinipiskan sehingga kurang dari 100 nanometer. Oleh yang demikian, SEM mempunyai resolusi tinggi yang dapat mengamati objek berukuran nanometer.

Namun begitu, masih terdapat kelemahan pada SEM ini iaitu, tahap resolusi tinggi hanya berkesan sekiranya imbasan dilakukan secara horizontal berbanding vertikal. Kelemahan ini telah mendorong penciptaan mikroskop beresolusi tinggi yang baru sejak tahun 1970-an lagi. Mikroskop yang dikenali dengan Mikroskop Prob Imbasan ( SPM) mempunyai resolusi tinggi baik secara horizontal mahupun vertikal. Mikroskop ini mempunyai prinsip kerja yang berbeza dari TEM dan SEM. Mikroskop-mikroskop lain yang tergolong dalam kumpulan SPM ini terdiri dari Mikroskop Penerowongan Imbasan (Scanning Tunneling Microscope, STM), Mikroskop Daya Atom (Atomic Force Microscope, AFM) dan juga Mikroskop Optik Imbasan Medan-Dekat, (Scanning Near-Field Optical Microscope, SNOM). Mikroskop dalam kategori ini banyak digunakan dalam penyelidikan teknologi nano yang begitu pesat dibangunkan pada masa kini.

Tersiar di Dewan Kosmik, DBP JUlai 2007

BIO DISC mampu meminimakan kesan pemakanan

HARI
PENGGUNA
SEDUNIA 2009
Kempen Global Untuk
Menghentikan
Pemasaran Makanan
Tidak Berkhasiat Kepada
Kanak-Kanak


Hari Pengguna Sedunia merupakan sambutan tahunan
pergerakan pengguna sedunia. Lebih penting, ia merupakan
waktu yang sesuai untuk mempromosikan hak asasi para
pengguna, menuntut supaya hak-hak mereka disanjungi dan
dilindungi, dan memprotes penyalahgunaan di pasaran dan
ketidakadilan sosial. Hari Pengguna Sedunia bemula sejak
15 Mac 1983, dan semenjak itu ia telah menjadi tarikh yang
penting untuk mengerakkan tindakan rakyat.
Hari Pengguna Sedunia 2009 merupakan kali kedua hari
tindakan antarabangsa untuk menyokong kempen Consumers
International (CI) iaitu Junk Food Generation yang bertujuan
untuk menghentikan pemasaran makanan tidak berkhasiat
kepada kanak-kanak.
Epidemik obesiti
Peningkatan dalam pemakanan yang mengandungi lemak,
gula, dan garam yang bergabung dengan aktiviti fizikal yang
kurang telah membawa kepada peningkatan penyakit kronik
berkaitan diet seperti penyakit jantung, diabetis dan kanser.
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah ini melibatkan kos
yang tinggi kepada nyawa manusia, taraf hidup, dan
perkhidmatan kesihatan. Kanak-kanak yang obes mempunyai
kemungkinan yang tinggi untuk membesar sebagai dewasa
yang obes dan menderita dengan penyakit kronik. Sekurangkurangnya
22 juta orang kanak-kanak seluruh dunia di bawah
5 tahun adalah berlebihan berat badan dan mengalami
obesiti. Oleh itu, kita perlu bertindak segera untuk mencegah
masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan
kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) setiap 10
tahun, dan dalam kajian terkini, NHMS III (2006), terdapat
penemuan yang mengejutkan (rujuk jadual di bawah). Sejak
permulaan tahun 2007, Kementerian Kesihatan telah
membelanjakan sebanyak RM 180 juta ataupun 20% daripada
bajet tahunan sebanyak RM900 juta ke atas ubat bagi penyakit
kronik iaitu hipertensi, diabetis, dan kolesterol tinggi.
Jumlah pesakit pula dijangka meningkat sebanyak 13% pada
tahun 2020.
Pemasaran makanan yang tidak berkhasiat
dan hubungkaitnya dengan masalah
kesihatan
Laporan World Health Organization (WHO) pada 2006 bertajuk
’Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children’
menjelaskan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
pemasaran makanan yang tinggi lemak, gula dan garam
mempunyai kesan langsung ke atas pilihan makanan kanakkanak
dan mendorong mereka untuk memilih makanan yang
akan membawa kepada masalah obesiti. Kajian juga
menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk
memilih makanan yang berjenama daripada makanan yang
tidak berjenama – walaupun ianya makanan yang sama.
Dalam Global Strategies to Prevent Childhood Obesity
2006, IOTF telah membuat rumusan berikut:
“Diet kanak-kanak di seluruh dunia –
termasuk di China – adalah dikuasai oleh
makanan dan minuman yang tidak sesuai.
Kanak-kanak seringkali dieksploitasi oleh
industri yang mengeluarkan pelbagai produk
dari permainan hingga ke makanan dan
minuman. Ianya telah mengaburi persepsi
kanak-kanak, pemahaman dan pengetahuan
tentang makanan sihat, dan ia memberikan
kesan yang tidak baik untuk pembesaran
Antara taktik pemasaran yang sering disasarkan kepada
kanak-kanak dan remaja oleh industri makanan adalah
melalui:
o Iklan televisyen
o Penajaan program
o Penarikan barangan mainan
o Promosi atas pembungkusan
o Penajaan watak kartun dan selebriti
o Kerjasama dengan filem
o Laman web interaktif
o Peraduan
o Barangan percuma
o Penajaan aktiviti sekolah
o Risalah promosi
Peranan syarikat makanan multinasional
Ibubapa sememangnya ingin memilih makanan yang
berkhasiat kepada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun,
pilihan mereka seringkali dipengaruhi oleh iklan dan promosi
makanan yang tidak berkhasiat di pasaran. Syarikat-syarikat
makanan ini menggunakan pelbagai jenis taktik untuk
mensasarkan produk mereka kepada kanak-kanak. Pada tahun
2006, syarikat makanan multinasional yang terbesar telah
membelanjakan kos pengiklanan sebanyak;
• US$7.8 billion - untuk makanan
• US$4.0 billion - untuk minuman ringan
• US$1.1 billion - untuk gula-gula dan konfeksi
**Advertising Age’s Global Marketers, November 2007

BIO DISC mampu mengelak kesan terlalu banyak menonton tv

Terlalu Banyak Menonton TV
Membawa Kepada Risiko Asma di
Kalangan Kanak-Kanak

Penyelidik di Britain telah membuat kajian ke atas kanak-kanak dan mendapati bahawa
mereka yang menonton televisyen melebihi dua jam sehari berisiko dua kali ganda
untuk menghidap penyakit asma. Lebih daripada 300 juta orang di seluruh dunia
adalah penghidap penyakit asma dan ianya merupakan penyakit kronik yang paling
biasa di kalangan kanak-kanak. Antara simptom penghidap asma adalah seperti sesak
nafas, batuk dan sakit dada.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax, penyakit asma boleh
mengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun,
akibat dari mereka yang mengalami obesiti dan kurang bersenam. Andrea Sherrif dan
rakan penyelidiknya di University of Glasgow melaporkan bahawa ”terdapat teori terkini
yang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman (sedentary) yang
berkemungkinan boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi
(wheezing) yang berlaku pada kanak-kanak”. Sheriff dan rakan-rakannya telah
mengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak, dari mereka lahir sehingga
berusia 12 tahun.
Dalam penyelidikan tersebut, kajian soal selidik ke atas ibu bapa turut dilakukan
bagi mengenalpasti corak pernafasan anak-anak mereka dan menyelidiki samada
ibubapa membawa anak-anak berjumpa doktor bagi mendiagnosis asma. Penyelidik
juga menganalisa kekerapan kanak-kanak tersebut menonton TV. Mereka tidak
memasukkan permainan video atau komputer peribadi, kerana ia tidak popular dan
jarang terdapat pada zaman pertengahan tahun 1990-an semasa kanak-kanak tersebut
membesar.
“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurang
dan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidap
penyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK.
Kajian ini juga merupakan kajian pertama yang menghubungkan secara langsung
kekurangan senaman di kalangan kanak-kanak pada umur yang masih muda kepada
risiko asma yang lebih tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir
30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.
Sumber: Reuters news, 3 Mac 2009

tenaga harmoni

Do you feel the weather is getting hotter each day as we move into the warmest season of the year, summer?

Did you know that the largest component of your body is water and it makes up approximately 70-75% of your total body weight? It is suggested that adults should consume around 2.5 to 3 litres of water each day and with summer heading our way, hotter weather means your body sweats more and this can result in high water losses, which must be restored to prevent dehydration.

Drinking water is vital, however, there is a way to make your water more biocompatible and increase your energy and harmony levels at the same time! And it’s simply by drinking water that has been energised and enhanced by the Amezcua Bio Disc.

Doesn't it make sense to replenish all of our body's vital organs, bones and tissues with the best water we can?

Feel and Taste the Difference – Amezcua Bio Disc

With the Amezcua Bio Disc, you can drink the best treated water.

o Feel refreshed and rejuvenated.
o Increase your harmony and energy levels.
o Enhance the biocompatibility of water molecules to get more out of your beverages.

The Amezcua Bio Disc has been evaluated by various institutions and is known to reduce water surface tension value. This in turn makes water more hydratious and biocompatible. Water treated with the Amezcua Bio Disc also produces beautiful and perfectly shaped water crystals, an indication of water with high energy levels and good quality. Various test results also reveal that the Amezcua Bio Disc can increase the energy and harmony levels in those who use the disc or drink water treated with it.

The Amezcua Bio Disc is made of technically engineered natural minerals, structurally bonded in glass at a molecular level using high-heat fusion methods. Through this combination of minerals and fusion techniques, a positive energy field is created.

Amezcua Bio Disc



Remember! Water is the most basic way in which you can achieve optimal health, so remember to use your Amezcua Bio Disc wherever you replenish the water in your body!

For more details of the Bio Disc, click here or get energised now by purchasing from your eStore today.

Khamis, 19 November 2009





apakah biodisc??




bio disc piringan kaca yang diperbuat hasil gabungan 13 jenis mineral semulajadi yang diolah melalui teknologi nano dan pemanasan fusi tinggi(molecular level).
bertindak menghasilkan gelombang tenaga harmoni yang mampu memberi tenaga dan menstruktur semula molekul yang tidak tersusun kepada struktur semulajadi yang tersusun.

(Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi nano
adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer,
biasanya 0.1 hingga 100 nm (satu nanometer bersamaan
dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta
milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke atas jenis
teknologi yang sangat kecil. Apabila sesuatu struktur,
peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri-ciri
bahan tersebut boleh berubah dan boleh menghasilkan bahanbahan
yang unik. Sebagai contoh, sesuatu ubat boleh
dijadikan lebih berkesan, makanan yang boleh tahan lebih
lama dan lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih
fleksibel dan sebagainya. Teknologi nano dikatakan
mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut
kehidupan; merangkumi produk pengguna, penjanaan tenaga,
perubatan dan lain-lain.)